Keluar Dari Bayang Perkauman
Ketakadilan dianggap golongan muda kaum Cina lumrah, pendapat sebegini tidak sukar difahami di Malaysia yang dilanda racisme. Sebenarnya, fenomena tidak adil itu merata-rata, tidak sukar juga dibayangi bahawa golongan muda kaum Melayu juga menganggap dirinya tidak dilayan secara adil; begitu juga pendapat itu dengan golongan muda kaum India; secara intuisi, golongan muda Iban, Kadazan juga berpendapat sedemikian.
Mengapa begitu? Yang disebut sebagai adil itu, senang dikemukakan di atas cara pembahagian kek ekonomi di dalam masyarakat utilitarian yang terlalu mengira, maka wujudlah Dasar Ekonomi Baru. Rusuhan kaum yang melimpahkan darah itu telah 36 tahun berlalu , orangramai diingati supaya tidak mengulangi tragedi yang sama pada pilihanraya kebelakangan ini. Tetapi, secara kaburnya, kita di dalam pergualan inter-kaum wujud terlalu banyak pantang-larang, selalu mengabaikan isu perkauman yang disebut sebagai sensitive itu.
Akan tetapi tidak membangkitkan di dalam konteks inter-kaum tidak bermakna tidak membincang juga dalam konteks intra-kaum. Golongan muda kaum Cina selalu mengeluarkan kewibawaan rajinnya kaum Cina sebagai ketinggian diri untuk merendah-rendahkan orang lain di khayalak publik. Boleh dibayangkan, orang lain juga akan merendahkan kaum Cina dengan ketinggian masing-masing. Sebenarnya, cara yang meninggikan diri dan merendahkan orang lain mengikut perkauman ini sangatlah cetek. Tetapi kerajaan Malaysia kini terdiri daripada parti-parti politik utama yang menggunakan perkauman sebagai identity. Yang dimaksudkan kerajaan itu adalah yang terpilih rakyat setiap 5 tahun yang berupa majoriti ahli Parlimen. Seakan-akan perkauman itu takdir rakyat Malaysia yang tidak dapat dielak. Mengaji semula sejarah, jelaslah bagaimana datangnya struktur kerajaan sekarang.
Kita selalu mengatakan bahawa Malaysia terdiri daripada 3 suku kaum utama, ini sebenarnya menonjolkan titik buta racisme. Yang dianggap sememangnya itu, sebenarnya teori terpesong yang dipermudahkan. Abaikan perbezaan antara konsep kaum dan bangsa sementara, yang dikatakan 3 utama itu telah mengetepikan bangsa minorityi, yang digolongkan sebagai minoriti itu sudah tentu berasa tidak sedap hati. Orangramai memuji multi-etnik di permukaan, tetapi merupakan ahli kaum masing-masing di dalam.
Memandang dari skop majoriti dan minoriti, jelas bahawa majoriti itu menang, tidak hairanlah sesetengah orang suka mengalu-alukan pertambahan populasi, seolah-olah lebihnya kandungan lebihnya manfaat. Minoriti tunduk kepada majoriti adalah kebiasaan; majoriti menghormati minoriti adalah jarang.
Mungkin kita harus membahagikan kek ekonomi berdasarkan pendapatan daripada berdasarkan kaum. Jika sistem kuota yang berperanan melingdung tidak bersifat perkauman, mungkin ia tidak begitu menjijikkan. Kita harus mengetahui bahawa jika ambil kaum sebagai pengukur miskin kaya, selalunya ini akan ditutupi pelbagai korupsi yang besar angkanya. Kita perhatikan bahawa yang elit memandu kereta mewah dan dudk dalam banglo, dikontraskan dengan rumah atap yang bocor, jurang miskin kaya tidaklah dikurangkan dengan perlaksanaan DEP yang menitikberatkan perkauman. Mungkin peristiwa 13 May digolongkan sebagai rusuhan perkauman tidak menepati puncanya.
Perhatikan governmen di antarabangsa, parti politik yang berdasarkan perkauman biasanya tidak kukuh dasarnya. Keistimewaan persekutu Barisan Nasional mungkin dapat terus maju, tetapi parti politik yang membawa unsur perkauman sememangnya bukan sesuatu yang mencerminkan keadilan. Berapa lama lagi kerajaan BN dapat bertahan sangatlah bergantung keberaniannya untuk memansuhkan unsur-unsur perkauman ini. Kita dapat keluar dari bayang perkauman sekiranya semua rakyat berhasrat sama. Malangnya rakyat kini terbaham racisme yang ekstrim dan tidak sedar, maka keluar atau tidak itu bukanlah isu.
Harapan untuk kerajaan yang kuat tidak boleh bergantung kepada cara bersekutu yang kurang kukuh. Walaupun yang memiliki kuasa mementingkan semangat berunding, akan tetapi, berapa banyak perundingan dapat berhasil berdasarkan perkauman? Ini sebenarnya sangat merisaukan.
(Nanyang Siang Pau 10 Julai 2005)